Soalan-soalan lazim (FAQs)

Frequently Asked Questions

Ada persoalan mengenai Getorders? Bagaimana ia berfungsi? Baca soalan-soalan lazim berkaitan bagaimana Getorders membantu perniagaan anda.

Tentang Getorders

Getorders adalah sebuah platform e-dagang berasaskan web yang membenarkan sesiapa sahaja membuka kedai atas talian dan jual barangan mereka.

Untuk membuka kedai online di Getorders, anda perlu menyediakan dokumen seperti yang berikut:

 

  • Salinan Kad Pengenalan (KP) (jika berkenaan)
  • Salinan Dokumen Bisnes – SSM (jika berkenaan)
  • Salinan Penyata Akaun bank

Ya, anda boleh, sekiranya anda menyediakan dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas dalam soalan 2.

Getorders akan bantu menarik pelanggan ke bisnes anda, dan mengembangkannya kepada pasaran di atas talian.

 

Getorders juga menyediakan pelbagai ciri-ciri dan kemudahan untuk membantu bisnes atas talian anda seperti:

  • Servis penghantaran disediakan
  • “Payment Gateway” atas talian.
  • Peta pengesanan parcel
  • Urus kedai secara “cloud”
  • Laporan dan analisis secara langsung
  • Laman web kedai
  • Servis khidmat pelanggan untuk bantu peniaga

 

Tidak, kerana kedai online tersebut berada di dalam domain platform e-dagang Getorders.

Tiada bayaran akan dikenakan semasa pendaftaran. Bergantung pada jenis langganan, satu kadar bayaran transaksi akan dikenakan bagi setiap jualan dari kedai online anda. Kadar bayaran bermula serendah RM1 setiap transaksi jualan.

Tidak. Getorders berasaskan web sepenuhnya. Selagi anda mempunyai pelayar internet di dalam telefon pintar, anda boleh mengaktifkan Getorders.

Dengan Getorders, kedai atas talian anda boleh digunakan dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja.

Pelanggan akan membuat pembayaran melalui Billplz, rakan “payment gateway” kami, Billplz. Pembayaran kepada penjual akan diproses oleh Getorders dalam masa tiga hari (hari transaksi + dua hari).

Penjual Getorders tidak perlu mencari servis penghantar sendiri. Getorders telah bekerjasama dengan penyedia servis penghantaran seperti Lalamove, BungkusIT, dan Mr Speedy. Getorders akan menyediakan penghantar untuk anda secara automatik pada bila-bila masa anda mahu membuat penghantaran.

Getorders boleh digunakan  di seluruh Malaysia.

Getorders memberikan para penjual akses kepada sistem pejabat belakang menerusi “cloud” untuk menguruskan kedai atas talian mereka. Di sini, para penjual boleh melihat analisis bisnes seperti jumlah pelanggan, jumlah hasil seminggu, produk paling laris, dan lain-lain lagi.

Tidak perlu. Tetapi, ianya digalakkan untuk bisnes anda menyediakan harga yang lebih kurang sama kepada pelanggan di platform anda yang lain.

Untuk yang melanggan pelan basic, anda boleh membatalkan langganan anda bila-bila masa kerana ianya bukan langganan yang dibayar secara bulanan.

 

Untuk yang melanggan pelan premium, anda ada pilihan untuk meneruskan langganan atau membatalkannya selepas jangka masa pelan anda telah tamat.